Monday, November 22, 2010

Masa kecik-kecik part II

Assalamualaikum


Masa aku kecik-kecik dulu, curiosity aku ni tinggi. Kiranya sifat ingin tahu tu memang dah sebatilah dalam dunia kanak-kanak aku. Tapi aku tak banyak tanya, sebab aku tau, kalau aku tanya pon mesti takde siapa nak bagitahu aku jawapan sebenar. Sume pakat nak ayam-ayamkan aku jer cis. Contohlah kan satu hari tu aku pernah tanya bapak aku. Tak salah aku umur aku dalam 4 tahun la kan.


aku : ayah, macam mana orang boleh berlakon dalam tv? orang tu masuk dalam tv ke?
ayah : aah orang tu masuk dalam tv
aku : tapi tv tu kan kecik. macam mana orang boleh masuk dalam tv?
ayah : sebab tulah orang kerdil je yang boleh masuk dalam tv
aku : oh kirenye dalam tv kite sekarang ni ada org kerdil tengah berlakon lah ye?
ayah : pandai anak ayah.
aku : *tersenyum bangga* T___T


Terang-terang je bapak aku ayamkan aku wuwuw camni a...penat tau tak aku dok godeh tv tu, dok kenyit2 mata kat rongga-rongga tv tu sebab nak usha orang kerdil berlakon.........


Lepas tu kan, aku ni suka tengok tv. Dulu rancangan favourite aku ialah Sesame Street. Ntah apa ada kat burung kuning tu ngan gajah bulu mata lebat ala-ala RCW tu ntah. Aku addicted kot !! Pagi-pagi lepas mandi sikat rambut pakai bedak sume, aku akan bukak tv2 dan melopong dok tengok Sesame Street. Lepas tu berangan dapat kawan dengan omputih hahaha. Aku siap berharap Allah tukarkan warna rambut aku jadi blonde, supaya orang putih keliru aku ni orang Malaysia ke America hahahahahahhahahaha loser! 



Sesame Street yang aku dok tergila-gilakan dulu - pic courtesy of google


Ada satu benda la yang selalu bermain kat benak aku ni dulu. Kalau aku tengok cerita Sesame Street, mak kepada kanak-kanak tu mesti tak pakai tudung. Kalau aku tengok cerita Ultraman pulak, mak kepada budak-budak tu pon tak pakai tudung jugak. Tapi mak aku pakai tudung pulak. Aku pernah tanya mak aku kenapa dia pakai tudung. Dia cakap 'kalau tak pakai tudung, nanti Allah nampak Allah marah'. ooooo...aku angguk je la kan.



mak kat jepun tak pakai tudung - pic courtesy of google



Sebab konon tak mau kisah lama berulang lagi, aku pon takde tanya siapa-siapa kenapa mak-mak dekat negara lain tak pakai tudung tapi kat Malaysia mak-mak suma pakai tudung. Aku pon dengan pandainyelah membuat conclusion sendiri...


aku : Ibu, jom kita pindah luar negara
ibu : Kenapa nak pindah?
aku : Kalau kita duduk luar negara, ibu tak payah pakai tudung sebab Allah takde kat luar negara. Allah ada kat Malaysia jer. Dah besar nanti pon atin ingat tak nak pakai tudung (ada hati kau!)
ibu : LOL !


Pehhh malu doe. Aku seriusly ingat tuhan ada kat Malaysia jer sebab tu lah mak mak kat Malaysia semua pakai tudung sebab takut Allah nampak hahahahhahahahahahahha. Anyway, ada sesiapa pernah pikir macam aku tak? Tolong a kata ada. Jangan bagi aku malu sensorang......hehe. So moral of the story, kalau agak-agak tak tau tu, jangan lah segan nak bertanya. Bak kata pepatah melayu, malu bertanya sesat jalan. Dalam case aku ni, memang bukan sesat dah. Memang foul terus la kan -__-


Thank you for reading this entry !

Saturday, November 20, 2010

Masa kecik-kecik dulu..

Assalamualaikum


Masa kecik-kecik dulu,aku ni jenis pendiam tapi lasak dan suka main luar. Dulu aku ingat bila dah besar nanti aku akan jadi athlete tapi tak rupanya -___- Dulu masa kecik-kecik, aku suka giler beli mainan Ding Dang tu. Ingat tak Ding Dang? Aku tak tau lah sekarang ni ada lagi ke tak. Ding Dang ni yang rupa dia macam doraemon pastu dalam kotak tu ada cokelet murahan & mainan murahan yang pada zaman dulu dah kira cukup gempak ah wei. Walaupun Ding Dang ni obviously dia macam Doraemon-wannabe tapi versi kampung, but at least dia merupakan satu fenomena kat seluruh tanah melayu pada satu ketika dulu * osem!*


pic courtesy of google


Ding Dang ni nampak macam loser tapi power dow. Setiap kali mainan baru kua, dia akan advertise kat tb. Power tak power? ala-ala macam hotwheels skang la kan. So masa kecik-kecik dulu, lepas balik ngaji sementara nak tunggu pukul 8 malam (pukul 8 malam adalah waktu membuat homework dan tidak dibenarkan sama-sekali untuk tengok tb! kalau curi-curi tengok nanti tali pinggang naik kat belakang) aku mesti duduk depan tb tok tunggu iklan Ding Dang ni. Serius suprise giler apa mainan yang so in at that time hahahahaha. Lame giler kanak-kanak 80's ! Lepas dah dapat tengok iklan Ding Dang, pastinya kat sekolah esok, everyone akan bercakap pasal mainan latest from Ding Dang. Saling tak tumpah macam gosip hangatlah kan.


a : engkau tahu tak ding dang dah keluarkan mainan terbaru semalam?
b : yeke? alamak semalam mak aku tak kasi tengok tb sebab kerja sekolah aku tak siap lagi. boleh engkau bagitau apa mainan terbaru dia?
a : kau jangan terkejut kalau aku cakap ni. tapi memang best
b : berdebar-debarnya aku.
a : mainan terbaru dia...... adalah pistol pasang sendiri yang boleh terbang-terbang!
b : bestnya. balik sekolah ni kita mesti mendapatkannya!


* T___T dialog sampah rekaan aku semata-mata haha! *


Tapi kalau korang perasan, mainan DingDang ni selalunya korang kena pasang sendiri. Kiranya, dia bagi mainan tu dalam plastik, pastu korang kena guna kepandaian akal korang untuk memasang mainan tersebut. Budak lelaki selalu pandai bab-bab ni sebab imiginasi dorang tinggi. Budak pompuan memang loser giler, dah ada manual pon tak boleh nak follow wakakakaka aku la tu. Biasa aku suruh abg aku pasangkan jer. Tapi dia mana nak layan aku kan. Cis. Dulu budak-budak laki poyo & double standard sebab tak nak kawan dengan budak pompuan. Kalau abg aku main dengan budak-budak taman  sampai maghrib, nanti mak aku suruh aku panggil dia untuk balik mandi. Terjerit-jerit la aku panggil dia suruh balik tapi hampeh jangan arap a dia nak layan aku. Konon tak layan budak pompuan a cis cis takpe kau bang.


Anyway tu cerita dulu la kan. Skang ni aku tengok budak-budak tak reti de nak main mainan cenggini. Mainan kau seketul dah same harge dengan external hard disk aku. Tak boleh belah seh kanak-kanak sekarang. Main plastesin nak playdoh jer, aku dulu main plastesin yang rm0.70 sekotak tu orait jer. Pegi universiti gak aku. Ahhahahhaha macam takde kaitan jer. Anyway, satu hari tu, aku tunjuk a kat asfiq (adik aku yang dajah satu sekarang ni) mainan Ding Dang konon nak berkongsi kegembiraan. Tapi selamber je dia cakap


'Itu bukan mainanlah kakak, mainan macam robot Megatron adik ni. Eh, kenapa muka dia tiru doraemon, mesti MADE IN CHINA !'


.................... belagak seh engkau kanak-kanak zaman 2000...mentang-mentang zaman milenium....


Thank you for reading this entry !

Thursday, November 11, 2010

Travel Guide to Bali - Day 01 !

Korang semua tau an yang aku g bali tempoh hari? Sapa tak tau memang lah you're so 2007~ *roll eyes* teehee... Penat aku gembar-gemburkan kat media electronik aka FB tau. You olz ni memang la nak kene. Anyway, aku akan buat 5 entries regarding my journey to Bali. Why 5? Cuz 5 indicates 5 days journey :) Oh ye sapa perasan aku terlupa nak bagi salam? again again semula semula boleh tak heee assalamualaikum semua !


If you ask me hows Bali? I will certainly say, Bali's hot!  Ok it brings 2 meanings here. First, the weather in Bali is like soooo hot until you sweat like most of the time! At times, korang akan rasa macam, 'kan best jadi org putih sebab boleh pakai baju xyah pakai sua' hahaha. Second, Bali's hot cuz you can find HOTTTTT GUYSSS & GURLLSSS from all over the world! Just name the country! FYI, kat bali ni, korang akan jumpe orang putih & japanese more than the locals. Siyesly, tak rasa BALI tu part of Indonesia. rasa macam Bali tu Hawaii. Minus the coconut bra.


Less talking. Hee so jom follow my day 1 journey !



Our flight was scheduled at 1545 Saturday, 30 october, from Bandung. Yang pegi Bali ada 11 orang but then kitorang split into 3 batch. Kitorang berlima ni adelah yang first batch yang gerak dulu. 2nd batch gerak malam kang from Jakarta. 3rd batch pulak akan gerak the next day. Terpaksalah buat macam ni sebab nak rembat tiket murah punya pasal kan :P




Naik airasia. Return ticket costs only rp668k per person. Gila murah oi !! Setiap kali teringat rasa macam nak buat sujud syukur.. hahahaha. Biasa flight pergi Bali is like the same price with flight to Malaysia. rp1juta-2juta jugaklah kan. So please spread the news to everyone that I am the luckiest person on earth!




The flight took us nearly about 1 & a half hour. By the time we reached Bali, it was already sunset. The view was magnificent! I snapped the above picture right away as the flight touched down.



Kitorang safely landed at Ngurah Rai airport, Denpasar Bali at 1920 ! Masa kat bali sama dengan malaysia, bandung pulak lambat sejam. Penuh giler kot orang kat sini rasa macam nak pelempang sape-sape yang muka dia macam mintak pelempang. Tapi tak jumpa lak. Dem !





Always remember to grab these pamplets before you leave the airport ! Pamplets ni sangat useful untuk korang tahu what's cool in Bali, where to go, what to play, how to reach places, & contact numbers of travel agencies  & drivers. Amek banyak2 & compare the price!





We stayed at TUNE HOTEL KUTA Bali. hee murah2 sebab dah booked online earlier kan. 2 malam baru 154 hengget. Murah tak murah tak?? Tapi kalau korang walk-in customer, of course it will cost you more kan hee. So get smart, book before your arrival! Oh yes, Kuta is about 15 minutes from Denpasar. Kuta ni la yang ada beach yang lawa tuuuu (banyak omputih sunbathing) bukan mahen kan aku ni nak dok dekat beach yang ada omputih sunbathing jeeee





Our room. The room is like so small! Tapi apa ada hal kan, yang penting bed die superb & toilet dia cantek hehe..Tune hotel paling economic but comfortable! Sebab rata-rata hotel kat sini sangat mahal. Even yang burok-burok pon costs you about rp350-rp400 per night. Tune baru rp250++ per night. Tak yah la mention HardRock Hotel kan.....menangis la kau.




 Lepas dah check in, laju-laju tukar baju sebab panas & jalan-jalan. Oh yeah we got mission to accomplish. Nak usha omputih emcem hee..dah la emcem tak pakai baju lak tu. untung untung..




Bali slingshot ! rp250k per person. Gilerrrrr !! same harge ngan hotel tu!! Sebab tu omputih je yang naek heee... yang naek tu encem giler...tak sia-sia aku benti and usha dia naek slingshot ni :P





Nak dinner tapi nak cari makanan halal punyelah susah. Ada restoran padang tapi tak rasa nak makan nasi. Restoran padang confirm halal tau. Nak je aku masuk bar kan hee...memangla kena luku ngan ayah den teheee... jalan punya jalan jumpalah mall ni. Nama dia discovery mall. Mall ni special sebab dia facing the beach. Memang lawa la kan ;) Dalam ni banyak fast food. So rembat jelah sebab fast food je yang halal.




my day 1 dinner !




Bubba gump yang super famous. Port omputih kat sini. Belambak! Macam kat NYC pon ada hehe. Kalau korang lalu Bubba Gump ni, wajib snap picture kat bench ni tau! Semua tourist buat hehe...aku pon mesti la kan. Aku mane leh terkecuali hehe...

Lepas tu balik bilik pukul 11 camtu, mandi & tido. Esok nak pergi main watersports yay!


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...