Tuesday, May 4, 2010

Recipe : Hawaiian Chicken Pizza with extra cheese & bbq sauce !

Hi sume hi sume (n____n)
Aku kan ada 2 orang adik. Satu name die Han (18y/o) & Asfiq (7y/o). Kalau asfiq ni dia suka makan makanan yang manis-manis macam chocolate, ice-cream, cakes, cookies and all those stuff la. He has a sweet tooth :). Tapi adik aku yang lagi sorang ni, dia suka sangat makanan yang high calorie macam bege tepi jalan yang sos melimpah ruah tu, KFC, steaks, pizza sume la. Hari-hari dia dok haruk aku suruh buat pizza. Aku ni plak jenis yang tak suke sangat makan pizza, jadi aku saje jelah lengah-lengahkan. Tapi hari ni rezeki kau la Han, disebabkan kakak teringin makan pizza, kakak buatkan ko pizza terbaek dari ladang abah kita !! eh jap jap.. sejak bila abah kita ada ladang ? (-_-)


Uli dough macam bese...guna 2 cawan tepung gandum, 2 sudu kecik yis & air secukupnya. Bia dough tu naek sekali ganda. Tanpa membuang masa jom kite siapkan bahan-bahan untuk topping. Dalam aluminium bowl tu, from the left side, bombay onion, capsicum & pineapple. Pastu kite ade thousand island, tomato sauce, bbq sauce, mayonnaise (lupe nak tgkap gambar) & grated mozarella cheese ! Jangan kedekut bahan weyh siyes, makan bia puas !


Oryte, skang korang saute minced chicken together with diced bombay onion, pepper, bbq sauce & salt to taste. Angkat kuali dan menari tarian ulik mayang bila minced chicken dah tukar warne. Takyah lame-lame sangat pon takpe.


Ok the secret to cheesy-peezy-moist pizza is of course the ultimate cheese sauce! Ala same cam dalam recipe lasagna itu hari. Ingat tak. Ingat tak. Ingat tak. Takpelah bia aku review balik semule. 2 tablespoon of flour, 1 teaspoon of butter, 2 cups of milk, 5cm cheddar cheese block, salt & pepper to taste. Ingat api kecik! Ijau-ijau tu aku saje je tambah daun sup bagi lagi tantek hikhik.



Grease your pan not your pants or your pen with butter. Dough tu buat macam dalam gambar and then amek fork cocok-cocok sekuat hati anda ibarat melepaskan geram akibat dapat markah 79 tapi cikgu takmo naikkan jadi 80 :'). hehe pernah tak rase?



First layer spreadkan tomato sauce, sebenarnyekan lagi afdal kalau korang guna tomato puree tapi sebab bahan takde jadi pakai tomato sauce juga bisa kok. Second layer, spreadkan the ultimate cheese sauce! nyum nyum my faveret!


Pastu taburkan bombay onion, capsicum, sauted minced chicken & pineapple. Lepas tu bersiap sedia pulak tuang bbq sauce & thousand island. Akhir kata, taburkan grated mozarella cheese sepuas-puasnye untuk kepuasan maksimum !


Sebenarnye belum akhir kata lagi, mentang-mentang mayonnaise takde dalam gambar, siap terlupa nak cakap pasal die :') last skali korang letaklah mayonnaise sebanyak mana yang korang nak asal tak memudaratkan diri sendiri dan sahabat handai..


Lepas da bake kat oven guna api bawah, 200 degree, lebih kurang 20 minit. Anda akan dapat hasil seperti diatas! Serius sedap sebab pizza ni moist & banyak cheeeeeeeesssseeeee !



Adik lelaki & pizza kegemaran. Hey Han apesal kau buat muke cmtu nanti orang igt pizza aku tak sedap pulak :') Ok bye sume. slamat mencubeeee!


Thank you for reading this entry !